Saturday, February 18, 2012

Hadis 40 : Pengenalan



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.


Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis/Hadis_40/#ixzz1mjk4XjGX

Saturday, February 11, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Cara Mengurangkan Himpitan Iklim

CARA MENGURANGKAN KESAN HIMPITAN IKLIM
1. Mengadakan Perumahan Sempurna
         Tujuan Perumahan Sempurna mengelakkan ternakan daripada :
1. Kelembapan tinggi
2. Suhu persekitaran tinggi
3. Pancaran terik matahari
4. Hujan dan angin kencang
         Ciri Perumahan Sempurna
         Ruang lantai mencukupi
         Pengaliran udara dalam reban / kandang
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
         Bekalan cahaya
         Mudah dibersihkan
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
Bentuk Bumbung Kandang / Reban
2.  Menanam Pokok Naungan
      Pokok naungan dapat mengurangkan tekanan haba dan pancaran cahaya matahari.
      Ciri-Ciri Pokok Naungan
      Tidak bertoksik / beracun
      Bersilara yang besar
      Tidak berduri 
3.  Mengamalkan Ragutan Malam
      Mengatasi masalah kekurangan nutrien kerana jangka masa ragutan siang yang pendek.
      Mengelakan tumbesaran dan pengeluaran hasil berkurang.
      Suasana sejuk/selesa, kadar pengambilan makanan tinggi
      Untuk mengatasi kekurangan waktu meragut pada waktu siang 
4.  Memilih Baka Yang Toleran Haba
      Pemilihan baka tahan tekanan haba boleh dihasilkan dengan melakukan kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana.
      Contoh baka Kedah-Kelantan dikacukkan dengan baka Frieshian.
5.  Memberi Makanan Bernutrien Tinggi
      Pemberian makanan sesuai dengan peringkat umur
      Makanan mengandungi semua nutrien yang diperlukan meningkatkan tumbesaran.
      Pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan ragutan
      Pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti makanan

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Tidak Langsung



KESAN SECARA TIDAK LANGSUNG
1. Penghasilan Bahan Makanan Ternakan
            Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj yang subur.
            Suhu yang terlalu tinggi merosakkan vitamin dan bahan mineral dalam makanan.
            Meningkatkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan keracunan pada ternakan.

2. Serangan Parasit dan Penyakit Ternakan
            Suhu dan kelembapan yang tinggi menggalakkan jangkitan mikrob
            Kelembapan yang tinggi menganggu pernafasan disebabkan kandungan air yang tinggi dalam udara
            Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pembiakan parasit seperti cacing gelang

3. Pengendalian dan Penyimpanan Hasil Ternakan
            Hasil ternakan (susu, daging dan telur) perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai.
            Kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan mikroorganisma dan proses penapaian ke atas hasil ternakan
            Akibatnya hasil rosak dan busuk.

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Langsung

HIMPITAN IKLIM :
Himpitan iklim ialah keadaan alam yang menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan


KESAN SECARA LANGSUNG
1.          Perlakuan semasa meragut
2.         Pengambilan makanan
3.         Pengeluaran hasil
4.        Pembiakan
5.         Tumbesaran

KESAN SECARA LANGSUNG
1.  Perlakuan Semasa Meragut
            Suhu tinggi dan cahaya matahari terik mengurangkan selera makan, tumbesaran dan pengeluaran hasil terganggu.
            Jangka masa meragut pendek
2.  Pengambilan Makanan
            Peningkatan 1oC suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan menurun sebanyak 1.7 – 2.0 %
            Suhu tinggi menyebabkan pengambilan air bertambah dan pengambilan makanan berkurangan.
3. Pengeluaran Hasil
            Suhu dan kelembapan menyebabkan gangguan proses fisiologi dan metabolisme ternakan.
            Akibatnya, sistem pembiakan yang mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu turut terganggu.
4.  Pembiakan
            Suhu persekitaran yang tinggi menjejaskan kesuburan ternakan dan kadar penetasan telur
            Kenaikan suhu 1.1OC boleh menyebabkan kematian embrio dan merencatkan janin.
5. Tumbesaran
            Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan (IV) : Suhu

Kesan Suhu
1.          Percambahan biji benih
2.         Transpirasi
3.         Kualiti hasil tumbuhan
4.        Fizikal tumbuhan

Kesan Suhu
1.          Percambahan Biji Benih
a.      Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar respirasi biji benih dan kadar percambahan biji benih dalam had tertentu.
2.          Transpirasi
a.      Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar transpirasi
3.         Kualiti hasil
a.      Suhu rendah mengurangkan proses transpirasi dalam hasil tumbuhan dan membolehkan hasil tumbuhan disimpan lebih lama.
4.         Fizikal tumbuhan
a.      Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah membantutkan pertumbuhan tanaman.
b.      Suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan tanaman melecur


Kaedah mendapatkan suhu yang sesuai:
§   memilih tapak
§   menyediakan naungan
§   menyediakan sungkupan

Kaedah mendapatkan suhu yang sesuai:
1.          Memilih tapak
a.      Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman suhu rendah,
b.      Contoh Strawberi, sayuran dan teh sesuai ditanam di Cameron Highland
2.         Menyediakan naungan
a.      Naungan mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran terik matahari
b.      Pokok Gliricedium menaungkan pokok koko, jaring hitam menaungkan tumbuhan dan daun kelapa menaungkan anak pokok
3.         Menyediakan sungkupan
a.      Melindungi permukaan tanah dari kesan pemanasan cahaya matahari di bahagian bawah tanaman.
b.      Contoh bahan yang digunakan ialah sisa tumbuhan, rumput dan bahan plastik

Kelebihan Al-Quran

  • Dari Abu Umamah ra. dia berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Bacalah Al Qur’an sesungguhnya ia akan datang di hari Kiamat menjadi syafaat (penolong) bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Nawwas bin Sam’an ra. telah berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Di hari Akhirat kelak akan didatangkan Al Qur’an dan orang yang membaca dan mengamalkannya, didahului dengan surat Al Baqarah dan Surah Ali ‘Imran, kedua-duanya menjadi hujjah (pembela) orang yang membaca dan mengamalkannya.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Usman bin ‘Affan ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al Qur’an dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari)
  • Dari Aisyah ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Orang yang membaca Al Qur’an dengan terbata-bata karena susah, akan mendapat dua pahala.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Dari Abu Musa Al Asy’ari ra. telah berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur’an seperti buah Utrujjah (sejenis limau), baunya harum dan rasanya sedap. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur’an seperti buah kurma, tidak ada baunya tapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur’an seperti Raihanah (jenis tumbuhan), baunya wangi tapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur’an seperti buah hanzhal (seperti buah pare), tidak berbau dan rasanya pahit. “(Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Dari Umar bin al Khatthab ra. bahwa Nabi Muhammad saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat (martabat) sebagian orang dan merendahkan sebagian lainnya dengan sebab Al Qur’an.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Ibnu Umar ra. dari Nabi Muhammad saw. telah bersabda, “Tidak boleh iri kecuali pada dua perkara: Laki-laki yang dianugerahi (kefahaman yang sahih tentang) Al Qur’an sedang dia membaca dan mengamalkannya siang dan malam, dan laki-laki yang dianugerahi harta sedang dia menginfakkannya siang dan malam.” (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • Dari Ibnu ‘Abbas ra. beliau berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya orang yang tidak ada dalam dirinya sesuatu pun dari Al Qur’an laksana sebuah rumah yang runtuh.” (Riwayat Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)
  • Dari Abdullah bin ‘Amru bin Al ‘Ash ra. dari Nabi Muhammad saw. beliau bersabda, “Akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Qur’an: Baca, tingkatkan dan perindah bacaanmu sebagaimana kamu memperindah urusan di dunia, sesungguhnya kedudukanmu pada akhir ayat yang engkau baca.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi, beliau berkata: Hadits ini hasan sahih)
  • Dari ‘Uqbah Bin ‘Amir ra. berkata; Rasulullah saw. keluar dan kami berada di beranda masjid. Beliau bersabda: “Siapakah di antara kalian yang tiap hari ingin pergi ke Buthan atau ‘Aqiq dan kembali dengan membawa dua ekor unta yang gemuk sedang dia tidak melakukan dosa dan tidak memutuskan hubungan silaturahmi?” Kami menjawab, “Kami ingin ya Rasulullah” Lantas beliau bersabda, “Mengapa tidak pergi saja ke masjid; belajar atau membaca dua ayat Al Qur’an akan lebih baik baginya dari dua ekor unta, dan tiga ayat lebih baik dari tiga ekor unta, dan empat ayat lebih baik dari empat ekor unta, demikianlah seterusnya mengikuti hitungan unta.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Ibnu Mas’ud ra. bahawasanya Nabi Muhammad saw. bersabda, “Yang paling layak mengimami kaum dalam shalat adalah mereka yang paling fasih membaca Al Qur’an.” (Riwayat Muslim)
  • Dari Jabir bin Abdullah ra. bahawasnya; Ketika Nabi Muhammad saw. mengumpulkan dua mayat laki-laki diantara korban perang Uhud kemudian beliau bersabda, “Siapa diantara keduanya yang lebih banyak menghafal Al Qur’an?” dan ketika ditunjuk salah satunya beliau mendahulukannya untuk dimasukkan kedalam liang lahad. (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Nasa’i & Ibnu Majah)
  • Dari Imran bin Hushoin bahawa beliau melewati seseorang yang sedang membaca Al Qur’an kemudian dia berdoa kepada Allah lalu ia kembali membaca, lantas dia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa yang membaca Al Qur’an maka berdoalah kepada Allah dengan Al Qur’an karena sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Qur’an dan orang-orang berdo’a dengannya.” (Riwayat Tirmizi, beliau berkata : Hadits ini hasan)
  • Dari Ibnu Mas’ud ra. ia berkata: Barangsiapa membaca satu huruf dari Al Qur’an maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan sama dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud ‘Alif, Laam, Miim’ satu huruf, melainkan Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf. (Riwayat Ad Darami dan Tirmizi, beliau berkata hadits ini hasan sahih)
Sumber: http://www.bankislam.net/Quran/Kelebihan/#ixzz1m1ZntEG9