Monday, August 29, 2011

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia (II)

Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a.         Faktor Iklim
·     Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
·     Kawasan tanah tinggi - suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
·     Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

b.        Faktor Sejarah
·     Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
·     Zaman penjajahan Inggeris - getah dan kelapa sawit.
o   imigran China membawa masuk khinzir dan ayam
o   imigran India membawa masuk lembu LID
·     Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan

c.         Faktor Ekonomi
·         Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
·         Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
·         Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air )  untuk membangunkan sektor pertanian.

d.        Faktor Dasar Kerajaan
·         Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
·         Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah  secara intensif.
·         Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
·         Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
·         Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia (I)

Kawasan Utama Tanaman dan Ternakan di Malaysia


1.1 Pertanian di Malaysia

4 Kepentingan Pertanian kepada Malaysia :
a. Pengeluaran bahan makanan
b. Pengeluaran bahan mentah
c. Pendapatan eksport
d. Peluang pekerjaan




4 kepentingan pertanian kepada Malaysia :
a. Pengeluaran bahan makanan
· Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
· Kurang kos import bahan makanan
· Memenuhi keperluan keselamatan negara


“Tidaklah seorang muslim menanam tanaman lalu tanaman itu dimakan manusia, binatang ataupun burung melainkan tanaman itu menjadi sedekah baginya sampai hari kiamat.” (HR. Imam Muslim hadits no.1552(10))

b. Pengeluaran bahan mentah
· Bahan mentah untuk keperluan industri
· Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.

c. Pendapatan eksport· Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
· Sumber aliran masuk wang asing
· Meningkatkan KDNK Negara

d. Peluang pekerjaan
· Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
· Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan


Sunday, August 28, 2011

Aduhai Tangan

Salah satu dari pancaindera terpenting dan disebut sebanyak 53 kali di dalam Al-Quraan, antaranya : 1. "(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya" (Al-Imran : 182)
2. "Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan"(An-Nur : 24)
3. "Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya " (Al-Inshiqaq : 7)
Semoga kita dan ahli keluarga kita diberi kekuatan untuk : 
1. menggunakan tangan kita seperti yang diperintahkan-Nya,
2. berusaha agar tangan kita akan menjadi saksi yang memberi kebaikan kepada kita
3. berdoa agar kitab amalan dengan kita diberi dengan tangan kanan-Nya.
Terima kasih.