Monday, August 29, 2011

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia (II)

Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a.         Faktor Iklim
·     Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
·     Kawasan tanah tinggi - suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
·     Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

b.        Faktor Sejarah
·     Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
·     Zaman penjajahan Inggeris - getah dan kelapa sawit.
o   imigran China membawa masuk khinzir dan ayam
o   imigran India membawa masuk lembu LID
·     Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan

c.         Faktor Ekonomi
·         Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
·         Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
·         Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air )  untuk membangunkan sektor pertanian.

d.        Faktor Dasar Kerajaan
·         Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
·         Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah  secara intensif.
·         Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
·         Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
·         Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik

No comments:

Post a Comment