Saturday, October 22, 2011

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan (III) : Cahaya

Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
1.  Memilih tapak penanaman yang sesuai
2.  Menanam pada jarak yang sesuai
3.  Menyediakan sokongan
4.  Mengawal rumpai
5.  Membekalkan cahaya tiruan
6.  Mencantas      

Kaedah untuk menggalakkan penerimaan cahaya yang optimum.
a)  Memilih tapak penanaman yang sesuai
·         tanah lapang dan rata
·         jauh daripada bangunan atau pokok besar
·         supaya cahaya tidak terhalang
·         supaya kadar fotosintesis tinggi

b)  Menanam pada jarak yang sesuai
·        jarak antara pokok dan baris sesuai atau seperti disyorkan
·        bergantung kepada jenis tanah
·        dapat mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya
·        kawasan tanah yang terhad dapat diusahakan secara maksimum.
·        contoh corak penanaman :  segi tiga, segi empat , siku keluang 
·        Mengurangkan persaingan mendapatkan cahaya dengan 3 sistem / corak penanaman iaitu Sistem Segi Tiga, Sistem Segi Empat dan Sistem Siku Kluang
-       Dalam sistem segitiga  ( Kepadatan pokok  20% lebih  tinggi  berbanding segiempat.

c)      Menyediakan sokongan
·      Untuk pokok jenis memanjat dan berbatang lembut supaya tumbuhan boleh memanjat dan tumbuh tegak  untuk mendapatkan cahaya.
·      Untuk anak-anak pokok yang sedang membesar
·      Tujuannya  anak pokok mendapat cahaya matahari yang mencukupi.
·      Contoh sokongan : kayu tunggal ( Lada Hitam, Pokok Buah Naga ), berpara  ( peria ), junjung ( kacang panjang ), pagar ( tomato )


d)  Membekalkan cahaya tiruan
·      digunakan apabila tempoh penyinaran cahaya semulajadi tidak mencukupi
·      digunakan untuk mengaruh pembungaan
·      menggunakan lampu pendarflour dan lampu pijar
·      Kos  penggunaan cahaya tiruan sangat tinggi dan terhad kepada pengawal aruhan bunga supaya bunga yang dihasilkan menepati kehendak pasaran.
·      Sumber cahaya tiruan perlu digunakan serentak kerana:
o   Lampu Pijar :   
             ·         Kecekapan penukaran tenaga elektrik rendah
o   Lampu Pendaflour   :               
             ·          Kecekapan  penukaran tenaga elektik tinggi  tapi kekurangan cahaya merah dan infra merah.
·         Tinggi gelombang biru
·         Sesuai untuk pertumbuhan anakbenih

e)  Mengawal rumpai
·         Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di kawasan yang tidak dikehendaki.
·         supaya rumpai tidak menaungi tanaman
·         cara mengawal rumpai seperti  mencabut, mencangkul, meracun
·         Rumpai perlu dikawal untuk mengelakan persaingan mendapatkan ruang, makanan,  cahaya antara tanaman

       f) Menanam tanaman selingan
·    Menanam tanaman jangka pendek dicelah-celah tanaman jangka panjang.
·    Contoh tanaman : keledek, pisang, jagung, kacang tanah, lada sementara menunggu hasil tanaman kelapa sawit, getah, buah-buahan.

  g) Mencantas
·    Membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
·    Memberikan lebih banyak cahaya sampai  ke bahagian pokok yang terlindung.

1 comment:

  1. Salam.

    Saya datang melawat ke sini. Terima kasih kerana letak link video youtube saya di sini.

    Semoga pertanian terus maju~

    ReplyDelete