Tuesday, September 6, 2011

1.4 Isu Pertanian di Malaysia (II)

c.  Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
  •  Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
  • Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
  • Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
    •  mengadakan lawatan ke kebun
    • memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
    • penggunaan media massa secara meluas / kempen
 d. Pendidikan Dan Latihan
  •  Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
  • Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
  • Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
    • menggiatkan aktivti latihan untuk petani
    • memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
    • memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
  • Hijrah dari desa ke bandar menyebabkan pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien kerana faktor:
    • Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur mode
    • Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
  • Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
    • membawa industri ke desa / buka kilang di desa
    • menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
 f. Pencemaran Alam Sekitar
  •  Punca pencemaran:
    • sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
    • sisa toksik dari racun makhluk perosak
    • asap dari pembakaran
    • pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
    • penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertania
    • hakisan kawasan penanaman
  •  Cara mengatasi pencemaran:
    • guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
    • guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
    • penguatkuasaan undang-undang
    • mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
 g. Kekurangan Buruh
  •  Punca kekurangan buruh
    • penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
    • golongan muda berhijrah ke bandar
    • pendapatan kurang lumayan
    • pulangan pertanian rendah
    • perusahaan pertanian berisik
    • perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
  •  Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
    • Penggunaan teknologi baru
    • Penggunaan mekanisasi ladang
    • Aplikasi bioteknologi
    • Pertanian persis (tepat)
    • Gunakan tenaga buruh asing
    • Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan

Saturday, September 3, 2011

1.4 Isu Pertanian di Malaysia (I)

Isu pertanian di Malaysia
a.      Produktiviti
·         Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang               maksimum.

        
b. Ketidakstabilan harga
·         Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
·         Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia (II)


e.      Ladang kontrak
·    Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
·    Tujuan -   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian  
        yang tetap
·    Faedah:


Pengusaha Pertanian
Pembeli
-    Tidak bimbang pemasaran hasil
-    Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
-    Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
-     Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan
-     Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
-     Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan


·    Contoh ladang kontrak  - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel

f.      Penggabungan ladang kecil
·    Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
·    Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
·    Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada
·    Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
·    Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
·    Tujuan -    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui  
        pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.

g.   Perhutani
·    Maksud      -    Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
                                                -    Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu  kawasan
·    Tujuan        -     memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
·     Contoh - tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
·     Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
-    Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
-    Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
-    Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
-    Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
-    Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
-    Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.

1.3 Trend Pertanian di Malaysia (I)

Trend pertanian di Malaysia
a.         Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
·    Matlamat   -   untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
·    Faedah      
o   menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
o   menambah pendapatan petani
·    Bidang usaha yang berpotensi maju - lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh,  buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

b.      Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
·    Matlamat  -   untuk mendapatkan pendapatan eksport
                    -   untuk memperolehi tukaran wang asing
·    Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport - belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
·    Masalah pemasaran:
o   Cukai import lebih tinggi
o   Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
o   Kos penghantaran yang tinggi
o   Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan

c.       Hubungkait pertanian dengan pelancongan
·    Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
·    Contoh program agrotourism  seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
·    Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.

d.      Hubungkait pertanian dengan landskap
·    Landskap : pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
·    Perlandskapan  -  kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap  untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
·    Tujuan -  menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan  mendapatkan hasil yang lumayan
·    Contoh -  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak    tertentu.

Friday, September 2, 2011

Aduhai Mata


Mata adalah satu pancaindera paling penting. Menerusi mata kita dapat melihat dan menatap segala kejadian alam. Bagaimanapun, mata juga adalah pintu pertama dimasuki syaitan.  Tujuan utama dijadikan mata ialah untuk merenung kejadian alam semesta ini (tanda-tanda kebesaran Allah). Alam terbentang ini yang ditatap oleh mata setiap hari adalah untuk memberi fikiran kepada manusia.
(1) Rasulullah bersabda: "Melihat kecantikan perempuan itu adalah panah beracun daripada panah-panah iblis. Siapa yang dapat mengawasi matanya, maka Allah akan memberikannya merasa satu kenikmatan ibadat yang membahagiakannya."
(2) Imam Ghazali berkata: "Nasihatkanlah kepada orang mukmin supaya mengawasi pandangan mata mereka."
(3) Imam Bukhari menyatakan dengan mengawasi mata daripada memandang perkara haram ia dapat menyuburkan hati untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Orang yang beriman sentiasa menjaga dan mengawal matanya daripada melihat benda-benda haram.
Satu kebaikan orang yang berjaya mengawasi matanya ialah dapat menikmati kerehatan jiwa kerana terselamat daripada rayuan dan kepesonaan yang mengganggu hatinya.
(4) Allah berfirman: "Allah mengetahui pandangan mata yang tidak jujur dan apa yang disembunyikan di dalam dadanya." (Al-Mukmin: 19).
(5) Allah berfirman : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-Araaf : 179).

Sama-samalah kita berusaha menjaga dan menggunakan mata sebaik-baiknya.