Tuesday, September 6, 2011

1.4 Isu Pertanian di Malaysia (II)

c.  Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
  •  Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
  • Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
  • Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
    •  mengadakan lawatan ke kebun
    • memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
    • penggunaan media massa secara meluas / kempen
 d. Pendidikan Dan Latihan
  •  Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
  • Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
  • Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
    • menggiatkan aktivti latihan untuk petani
    • memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
    • memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
  • Hijrah dari desa ke bandar menyebabkan pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien kerana faktor:
    • Sosial - gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur mode
    • Ekonomi - pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
  • Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
    • membawa industri ke desa / buka kilang di desa
    • menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
 f. Pencemaran Alam Sekitar
  •  Punca pencemaran:
    • sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
    • sisa toksik dari racun makhluk perosak
    • asap dari pembakaran
    • pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
    • penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertania
    • hakisan kawasan penanaman
  •  Cara mengatasi pencemaran:
    • guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
    • guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
    • penguatkuasaan undang-undang
    • mengurangkan penggunaan racun perosak - rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
 g. Kekurangan Buruh
  •  Punca kekurangan buruh
    • penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
    • golongan muda berhijrah ke bandar
    • pendapatan kurang lumayan
    • pulangan pertanian rendah
    • perusahaan pertanian berisik
    • perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
  •  Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
    • Penggunaan teknologi baru
    • Penggunaan mekanisasi ladang
    • Aplikasi bioteknologi
    • Pertanian persis (tepat)
    • Gunakan tenaga buruh asing
    • Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan

No comments:

Post a Comment