Saturday, September 17, 2011

2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Penghasilan Tumbuhan : Iklim (I)

Cahaya mempengaruhi proses fotosintesis dan kefotokalaan dalam tumbuhan.



FOTOSINTESIS
·  Definisi – Satu proses tumbuhan menghasilkan kabohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
·     Proses berlaku dalam kloroplas
·     Kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil
·     Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari
·     Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah:
      Klorofil
Karbon dioksida + Air                 Karbohidrat + Air  + Oksigen
            Cahaya
·  Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari
·  Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :-
§  Intensisiti cahaya ( keamatan cahaya)
§  Gelombang cahaya
·  Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya
·  Peningkatan intensiti cahaya, menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis
·  Gelombang Cahaya matahari terdiri dari beberapa gelombang, taburan gelombang cahaya dinamakan spektrum cahaya dalam proses fotosintesis  warna merah  dan biru diperlukan.
·  Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendaflour dan lampu pijar.
·  Pancaran cahaya matahari yang berlebihan, menyebabkan berlakunya transpirasi secara berlebihan dan  merosakan daun.


KEFOTOKALAAN
Definisi : Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan  tempoh siang  dan malam.
•  Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu:
1)      Tumbuhan yang memerlukan  tempoh siang pendek
2)      Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang.


Tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek
•  Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek. Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya  lebih pendek berbanding tempoh malam.
•  Jika tumbuhan ini ditanam dalam tempoh siang panjang, reaksi  tumbuhan ini akan tetap tampang
•  Contoh: Orkid Phalaeonopsis, kekwa, kacang soya, nanas dan ubi keledek.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Pendek
Berbunga
Panjang
Tampang ( tidak berbunga)





Tanaman yang memerlukan tempoh siang panjang
·  Tumbuhan yang memerlukan Tempoh siang panjang.Tumbuhan ini akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding  tempoh malam.
·  Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang pendek. Rekasinya tumbuhan ini akan tetap tampang.
·  Contoh : Gandum, pokok  jarak dan ubi kentang.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Panjang
Berbunga
Pendek
Tampang ( tidak berbunga)


·  Kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut: Pengusaha bunga kekwa di Cameron Highland memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan  tempoh siang. Ini menyebabkan  pertumbuhan tampang berterusan. ( sepatutnya kekwa bebunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya). Apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan  kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar.

2.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Penghasilan Tumbuhan : Pengenalan


Thursday, September 15, 2011

Aduhai Hati (I)

“Hati” (dalam bahasa arab : qalbun) mempunyai dua makna iaitu menunjukkan bahagian yang paling murni dan paling mulia dari sesuatu.  Juga bermakna merubah dan membalik sesuatu dari satu posisi ke posisi lain (rujuk Mu’jam Maqayis Al-Lughah)

Kedua makna ini sesuai dengan makna hati secara istilah, karena hati merupakan bagian yang paling murni dan paling mulia dari seluruh makhluk hidup yang mempunyainya, dan dia juga sangat mudah untuk berubah dan berbolak-balik.

  1.  “Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.” (QS. Al-Hajj: 46).
  2. “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat berakal dengannya.” (QS. Al-Hajj: 46)
  3. Rasulullah bersabda “Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamamu.” (HR. At-Tirmidzi dari Anas bin Malik)
  4. Rasulullah bersabda “Ketakwaan itu di sini, ketakwaan itu di sini,” seraya beliau menunjuk ke dada beliau (HR. Muslim dari Abu Hurairah).