Cahaya mempengaruhi proses fotosintesis dan kefotokalaan dalam tumbuhan.
FOTOSINTESIS
· Definisi – Satu proses tumbuhan menghasilkan kabohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
· Proses berlaku dalam kloroplas
· Kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil
· Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari
· Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah:
Klorofil
Cahaya
· Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari
· Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :-
§ Intensisiti cahaya ( keamatan cahaya)
§ Gelombang cahaya
· Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya
· Peningkatan intensiti cahaya, menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis
· Gelombang Cahaya matahari terdiri dari beberapa gelombang, taburan gelombang cahaya dinamakan spektrum cahaya dalam proses fotosintesis warna merah dan biru diperlukan.
· Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendaflour dan lampu pijar.
· Pancaran cahaya matahari yang berlebihan, menyebabkan berlakunya transpirasi secara berlebihan dan merosakan daun.
KEFOTOKALAAN
Definisi : Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam.
• Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu:
1) Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek
2) Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang.
Tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek
• Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek. Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih pendek berbanding tempoh malam.
• Jika tumbuhan ini ditanam dalam tempoh siang panjang, reaksi tumbuhan ini akan tetap tampang
• Contoh: Orkid Phalaeonopsis, kekwa, kacang soya, nanas dan ubi keledek.
Tempoh Siang | Reaksi Tumbuhan |
Pendek | Berbunga |
Panjang | Tampang ( tidak berbunga) |
Tanaman yang memerlukan tempoh siang panjang
· Tumbuhan yang memerlukan Tempoh siang panjang.Tumbuhan ini akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding tempoh malam.
· Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang pendek. Rekasinya tumbuhan ini akan tetap tampang.
· Contoh : Gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
Tempoh Siang | Reaksi Tumbuhan |
Panjang | Berbunga |
Pendek | Tampang ( tidak berbunga) |
· Kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut: Pengusaha bunga kekwa di Cameron Highland memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan tempoh siang. Ini menyebabkan pertumbuhan tampang berterusan. ( sepatutnya kekwa bebunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya). Apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar.