Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
a. Menyediakan infrastruktur
· Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
· Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB
b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
· Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
· Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby
c. Memberi khidmat nasihat dan latihan
· Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
· Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll
d. Menyediakan peluang pekerjaan
· Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
· Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll
e. Menyediakan bantuan kewangan
· Perkhidmatan memberi kredit
· Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.
f. Membuat penyeliaan
· Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
· Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll
g. Membantu pemasaran hasil
· Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
· Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.
No comments:
Post a Comment