Saturday, September 17, 2011

2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Penghasilan Tumbuhan : Iklim (I)

Cahaya mempengaruhi proses fotosintesis dan kefotokalaan dalam tumbuhan.



FOTOSINTESIS
·  Definisi – Satu proses tumbuhan menghasilkan kabohidrat dan oksigen daripada karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
·     Proses berlaku dalam kloroplas
·     Kloroplas mengandungi pigmen hijau iaitu klorofil
·     Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya matahari
·     Formula tindakbalas kimia proses fotosintesis ialah:
      Klorofil
Karbon dioksida + Air                 Karbohidrat + Air  + Oksigen
            Cahaya
·  Sumber utama cahaya ialah cahaya matahari
·  Dua ciri cahaya yang mempengaruhi fotosintesis ialah :-
§  Intensisiti cahaya ( keamatan cahaya)
§  Gelombang cahaya
·  Intensiti cahaya ialah keamatan atau kekuatan pancaran cahaya
·  Peningkatan intensiti cahaya, menyebabkan tenaga cahaya bertambah dan meningkatkan kadar fotosintesis
·  Gelombang Cahaya matahari terdiri dari beberapa gelombang, taburan gelombang cahaya dinamakan spektrum cahaya dalam proses fotosintesis  warna merah  dan biru diperlukan.
·  Cahaya matahari boleh diganti dengan cahaya tiruan daripada lampu pendaflour dan lampu pijar.
·  Pancaran cahaya matahari yang berlebihan, menyebabkan berlakunya transpirasi secara berlebihan dan  merosakan daun.


KEFOTOKALAAN
Definisi : Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan  tempoh siang  dan malam.
•  Dua jenis reaksi tumbuhan terhadap kefotokalaan iaitu:
1)      Tumbuhan yang memerlukan  tempoh siang pendek
2)      Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang panjang.


Tanaman yang memerlukan tempoh siang pendek
•  Tumbuhan yang memerlukan tempoh siang pendek. Tumbuhan akan berbunga apabila tempoh siangnya  lebih pendek berbanding tempoh malam.
•  Jika tumbuhan ini ditanam dalam tempoh siang panjang, reaksi  tumbuhan ini akan tetap tampang
•  Contoh: Orkid Phalaeonopsis, kekwa, kacang soya, nanas dan ubi keledek.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Pendek
Berbunga
Panjang
Tampang ( tidak berbunga)





Tanaman yang memerlukan tempoh siang panjang
·  Tumbuhan yang memerlukan Tempoh siang panjang.Tumbuhan ini akan berbunga apabila tempoh siangnya lebih panjang berbanding  tempoh malam.
·  Jika tumbuhan ini ditanam dalam keadaan tempoh siang pendek. Rekasinya tumbuhan ini akan tetap tampang.
·  Contoh : Gandum, pokok  jarak dan ubi kentang.
Tempoh Siang
Reaksi Tumbuhan
Panjang
Berbunga
Pendek
Tampang ( tidak berbunga)


·  Kesan manipulasi kefotokalaan dengan menggunakan cahaya tiruan adalah seperti berikut: Pengusaha bunga kekwa di Cameron Highland memasang lampu pada waktu malam untuk memanjangkan  tempoh siang. Ini menyebabkan  pertumbuhan tampang berterusan. ( sepatutnya kekwa bebunga pada masa itu jika tidak dibekalkan cahaya). Apabila lampu dipadam secara tiba-tiba akan menyebabkan  kekwa berbunga serentak dan bersaiz besar.

No comments:

Post a Comment