Saturday, September 3, 2011

1.3 Trend Pertanian di Malaysia (II)


e.      Ladang kontrak
·    Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
·    Tujuan -   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian  
        yang tetap
·    Faedah:


Pengusaha Pertanian
Pembeli
-    Tidak bimbang pemasaran hasil
-    Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
-    Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
-     Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan
-     Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
-     Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan


·    Contoh ladang kontrak  - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel

f.      Penggabungan ladang kecil
·    Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
·    Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
·    Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada
·    Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
·    Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
·    Tujuan -    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui  
        pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.

g.   Perhutani
·    Maksud      -    Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
                                                -    Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu  kawasan
·    Tujuan        -     memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
·     Contoh - tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
·     Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
-    Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
-    Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
-    Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
-    Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
-    Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
-    Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.

No comments:

Post a Comment