Wednesday, October 5, 2011

2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan dan Penghasilan Tumbuhan : Iklim (II)

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan:
·         Keluasan permukaan daun
·         Susunan daun       
·         Topografi
·         Naungan

Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
·        Keluasan Permukaan Daun – Lebih luas daun bermakna lebih banyak sel daun melakukan proses fotosintesis
·        Susunan Daun – Kedudukan daun pada  pokok, daun yang berlapis menyebabkan daun di bahagian bawah kurang menerima cahaya.
·        Topografi – Bentuk muka bumi yang rata atau berbukit. Bahagian berbukit yang terdedah kepada cahaya akan menerima cahaya yang lebih banyak berbanding dengan bahagian terlindung.
·        Naungan ialah kaedah untuk mengurangkan kadar penerimaan cahaya matahari oleh tumbuhan. Contohnya membuat bangsal menggunakan bumbung daripada jaring hitam mengurangkan  kadar penerimaan cahaya / meningkatkan peratus naungan.

No comments:

Post a Comment