Saturday, February 18, 2012

Hadis 40 : Pengenalan



Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.


Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis/Hadis_40/#ixzz1mjk4XjGX

Saturday, February 11, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Cara Mengurangkan Himpitan Iklim

CARA MENGURANGKAN KESAN HIMPITAN IKLIM
1. Mengadakan Perumahan Sempurna
         Tujuan Perumahan Sempurna mengelakkan ternakan daripada :
1. Kelembapan tinggi
2. Suhu persekitaran tinggi
3. Pancaran terik matahari
4. Hujan dan angin kencang
         Ciri Perumahan Sempurna
         Ruang lantai mencukupi
         Pengaliran udara dalam reban / kandang
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
         Bekalan cahaya
         Mudah dibersihkan
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
Bentuk Bumbung Kandang / Reban
2.  Menanam Pokok Naungan
      Pokok naungan dapat mengurangkan tekanan haba dan pancaran cahaya matahari.
      Ciri-Ciri Pokok Naungan
      Tidak bertoksik / beracun
      Bersilara yang besar
      Tidak berduri 
3.  Mengamalkan Ragutan Malam
      Mengatasi masalah kekurangan nutrien kerana jangka masa ragutan siang yang pendek.
      Mengelakan tumbesaran dan pengeluaran hasil berkurang.
      Suasana sejuk/selesa, kadar pengambilan makanan tinggi
      Untuk mengatasi kekurangan waktu meragut pada waktu siang 
4.  Memilih Baka Yang Toleran Haba
      Pemilihan baka tahan tekanan haba boleh dihasilkan dengan melakukan kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana.
      Contoh baka Kedah-Kelantan dikacukkan dengan baka Frieshian.
5.  Memberi Makanan Bernutrien Tinggi
      Pemberian makanan sesuai dengan peringkat umur
      Makanan mengandungi semua nutrien yang diperlukan meningkatkan tumbesaran.
      Pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan ragutan
      Pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti makanan

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Tidak Langsung



KESAN SECARA TIDAK LANGSUNG
1. Penghasilan Bahan Makanan Ternakan
            Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj yang subur.
            Suhu yang terlalu tinggi merosakkan vitamin dan bahan mineral dalam makanan.
            Meningkatkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan keracunan pada ternakan.

2. Serangan Parasit dan Penyakit Ternakan
            Suhu dan kelembapan yang tinggi menggalakkan jangkitan mikrob
            Kelembapan yang tinggi menganggu pernafasan disebabkan kandungan air yang tinggi dalam udara
            Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pembiakan parasit seperti cacing gelang

3. Pengendalian dan Penyimpanan Hasil Ternakan
            Hasil ternakan (susu, daging dan telur) perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai.
            Kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan mikroorganisma dan proses penapaian ke atas hasil ternakan
            Akibatnya hasil rosak dan busuk.

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Langsung

HIMPITAN IKLIM :
Himpitan iklim ialah keadaan alam yang menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan


KESAN SECARA LANGSUNG
1.          Perlakuan semasa meragut
2.         Pengambilan makanan
3.         Pengeluaran hasil
4.        Pembiakan
5.         Tumbesaran

KESAN SECARA LANGSUNG
1.  Perlakuan Semasa Meragut
            Suhu tinggi dan cahaya matahari terik mengurangkan selera makan, tumbesaran dan pengeluaran hasil terganggu.
            Jangka masa meragut pendek
2.  Pengambilan Makanan
            Peningkatan 1oC suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan menurun sebanyak 1.7 – 2.0 %
            Suhu tinggi menyebabkan pengambilan air bertambah dan pengambilan makanan berkurangan.
3. Pengeluaran Hasil
            Suhu dan kelembapan menyebabkan gangguan proses fisiologi dan metabolisme ternakan.
            Akibatnya, sistem pembiakan yang mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu turut terganggu.
4.  Pembiakan
            Suhu persekitaran yang tinggi menjejaskan kesuburan ternakan dan kadar penetasan telur
            Kenaikan suhu 1.1OC boleh menyebabkan kematian embrio dan merencatkan janin.
5. Tumbesaran
            Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan