Saturday, February 11, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Langsung

HIMPITAN IKLIM :
Himpitan iklim ialah keadaan alam yang menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan


KESAN SECARA LANGSUNG
1.          Perlakuan semasa meragut
2.         Pengambilan makanan
3.         Pengeluaran hasil
4.        Pembiakan
5.         Tumbesaran

KESAN SECARA LANGSUNG
1.  Perlakuan Semasa Meragut
            Suhu tinggi dan cahaya matahari terik mengurangkan selera makan, tumbesaran dan pengeluaran hasil terganggu.
            Jangka masa meragut pendek
2.  Pengambilan Makanan
            Peningkatan 1oC suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan menurun sebanyak 1.7 – 2.0 %
            Suhu tinggi menyebabkan pengambilan air bertambah dan pengambilan makanan berkurangan.
3. Pengeluaran Hasil
            Suhu dan kelembapan menyebabkan gangguan proses fisiologi dan metabolisme ternakan.
            Akibatnya, sistem pembiakan yang mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu turut terganggu.
4.  Pembiakan
            Suhu persekitaran yang tinggi menjejaskan kesuburan ternakan dan kadar penetasan telur
            Kenaikan suhu 1.1OC boleh menyebabkan kematian embrio dan merencatkan janin.
5. Tumbesaran
            Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

No comments:

Post a Comment