Saturday, February 11, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Cara Mengurangkan Himpitan Iklim

CARA MENGURANGKAN KESAN HIMPITAN IKLIM
1. Mengadakan Perumahan Sempurna
         Tujuan Perumahan Sempurna mengelakkan ternakan daripada :
1. Kelembapan tinggi
2. Suhu persekitaran tinggi
3. Pancaran terik matahari
4. Hujan dan angin kencang
         Ciri Perumahan Sempurna
         Ruang lantai mencukupi
         Pengaliran udara dalam reban / kandang
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
         Bekalan cahaya
         Mudah dibersihkan
         Kedudukan bangunan dengan prasarana
Bentuk Bumbung Kandang / Reban
2.  Menanam Pokok Naungan
      Pokok naungan dapat mengurangkan tekanan haba dan pancaran cahaya matahari.
      Ciri-Ciri Pokok Naungan
      Tidak bertoksik / beracun
      Bersilara yang besar
      Tidak berduri 
3.  Mengamalkan Ragutan Malam
      Mengatasi masalah kekurangan nutrien kerana jangka masa ragutan siang yang pendek.
      Mengelakan tumbesaran dan pengeluaran hasil berkurang.
      Suasana sejuk/selesa, kadar pengambilan makanan tinggi
      Untuk mengatasi kekurangan waktu meragut pada waktu siang 
4.  Memilih Baka Yang Toleran Haba
      Pemilihan baka tahan tekanan haba boleh dihasilkan dengan melakukan kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana.
      Contoh baka Kedah-Kelantan dikacukkan dengan baka Frieshian.
5.  Memberi Makanan Bernutrien Tinggi
      Pemberian makanan sesuai dengan peringkat umur
      Makanan mengandungi semua nutrien yang diperlukan meningkatkan tumbesaran.
      Pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan ragutan
      Pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti makanan

No comments:

Post a Comment

Post a Comment