Monday, February 20, 2012
Saturday, February 18, 2012
Hadis 40 : Pengenalan
Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.
Sumber: http://www.bankislam.net/Hadis/Hadis_40/#ixzz1mjk4XjGX
Saturday, February 11, 2012
Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Cara Mengurangkan Himpitan Iklim
CARA MENGURANGKAN KESAN HIMPITAN IKLIM
1. Mengadakan Perumahan Sempurna
• Tujuan Perumahan Sempurna mengelakkan ternakan daripada :
1. Kelembapan tinggi
2. Suhu persekitaran tinggi
3. Pancaran terik matahari
4. Hujan dan angin kencang
• Ciri Perumahan Sempurna
• Ruang lantai mencukupi
• Pengaliran udara dalam reban / kandang
• Kedudukan bangunan dengan prasarana
• Bekalan cahaya
• Kedudukan bangunan dengan prasarana
Bentuk Bumbung Kandang / Reban
2. Menanam Pokok Naungan
• Pokok naungan dapat mengurangkan tekanan haba dan pancaran cahaya matahari.
• Ciri-Ciri Pokok Naungan
• Tidak bertoksik / beracun
• Bersilara yang besar
3. Mengamalkan Ragutan Malam
• Mengatasi masalah kekurangan nutrien kerana jangka masa ragutan siang yang pendek.
• Mengelakan tumbesaran dan pengeluaran hasil berkurang.
• Suasana sejuk/selesa, kadar pengambilan makanan tinggi
• Untuk mengatasi kekurangan waktu meragut pada waktu siang
4. Memilih Baka Yang Toleran Haba
• Pemilihan baka tahan tekanan haba boleh dihasilkan dengan melakukan kacukan baka tempatan dengan baka iklim sederhana.
• Contoh baka Kedah-Kelantan dikacukkan dengan baka Frieshian.
5. Memberi Makanan Bernutrien Tinggi
• Pemberian makanan sesuai dengan peringkat umur
• Makanan mengandungi semua nutrien yang diperlukan meningkatkan tumbesaran.
• Pemberian bahan pembuka selera dapat membantu meningkatkan ragutan
• Pemberian air sejuk dapat menambahkan pengambilan kuantiti makanan
Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Tidak Langsung
KESAN SECARA TIDAK LANGSUNG
1. Penghasilan Bahan Makanan Ternakan
• Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj yang subur.
• Suhu yang terlalu tinggi merosakkan vitamin dan bahan mineral dalam makanan.
• Meningkatkan pertumbuhan kulat yang menyebabkan keracunan pada ternakan.
2. Serangan Parasit dan Penyakit Ternakan
• Suhu dan kelembapan yang tinggi menggalakkan jangkitan mikrob
• Kelembapan yang tinggi menganggu pernafasan disebabkan kandungan air yang tinggi dalam udara
• Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pembiakan parasit seperti cacing gelang
3. Pengendalian dan Penyimpanan Hasil Ternakan
• Hasil ternakan (susu, daging dan telur) perlu disimpan pada suhu dan kelembapan yang sesuai.
• Kelembapan tinggi menggalakkan pembiakan mikroorganisma dan proses penapaian ke atas hasil ternakan
• Akibatnya hasil rosak dan busuk.
Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Pengeluaran Ternakan (I) : Iklim - Kesan Secara Langsung
HIMPITAN IKLIM :
Himpitan iklim ialah keadaan alam yang menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan
KESAN SECARA LANGSUNG
1. Perlakuan semasa meragut
2. Pengambilan makanan
3. Pengeluaran hasil
4. Pembiakan
5. Tumbesaran
KESAN SECARA LANGSUNG
1. Perlakuan Semasa Meragut • Suhu tinggi dan cahaya matahari terik mengurangkan selera makan, tumbesaran dan pengeluaran hasil terganggu.
• Jangka masa meragut pendek
2. Pengambilan Makanan
• Peningkatan 1oC suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan menurun sebanyak 1.7 – 2.0 %
• Suhu tinggi menyebabkan pengambilan air bertambah dan pengambilan makanan berkurangan.
3. Pengeluaran Hasil
• Suhu dan kelembapan menyebabkan gangguan proses fisiologi dan metabolisme ternakan.
• Akibatnya, sistem pembiakan yang mempengaruhi pengeluaran ovum, pembentukan cengkerang dan penghasilan susu turut terganggu.
4. Pembiakan
• Suhu persekitaran yang tinggi menjejaskan kesuburan ternakan dan kadar penetasan telur
• Kenaikan suhu 1.1OC boleh menyebabkan kematian embrio dan merencatkan janin.
5. Tumbesaran
• Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan kadar tumbesaran akan menurun
Subscribe to:
Posts (Atom)






