Tuesday, September 6, 2011

1.5 Peranan Institusi dalam pembangunan Pertanian (I)

Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
         a.    Menyediakan infrastruktur
        ·         Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
·         Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB

b.   Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
·         Meliputi pengeluaran, lepas tuai  dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby 

c.   Memberi khidmat nasihat dan latihan
·         Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll

d.    Menyediakan peluang pekerjaan
·         Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
·         Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll

e.   Menyediakan bantuan kewangan
·         Perkhidmatan memberi kredit
·         Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.

f.   Membuat penyeliaan
·         Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
·         Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll

g.   Membantu pemasaran hasil
·         Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
·         Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.

No comments:

Post a Comment