Saturday, February 11, 2012

Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran dan Penghasilan Tumbuhan (IV) : Suhu

Kesan Suhu
1.          Percambahan biji benih
2.         Transpirasi
3.         Kualiti hasil tumbuhan
4.        Fizikal tumbuhan

Kesan Suhu
1.          Percambahan Biji Benih
a.      Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kadar respirasi biji benih dan kadar percambahan biji benih dalam had tertentu.
2.          Transpirasi
a.      Semakin tinggi suhu semakin tinggi kadar transpirasi
3.         Kualiti hasil
a.      Suhu rendah mengurangkan proses transpirasi dalam hasil tumbuhan dan membolehkan hasil tumbuhan disimpan lebih lama.
4.         Fizikal tumbuhan
a.      Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah membantutkan pertumbuhan tanaman.
b.      Suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan tanaman melecur


Kaedah mendapatkan suhu yang sesuai:
§   memilih tapak
§   menyediakan naungan
§   menyediakan sungkupan

Kaedah mendapatkan suhu yang sesuai:
1.          Memilih tapak
a.      Kawasan tanah tinggi sesuai untuk tanaman suhu rendah,
b.      Contoh Strawberi, sayuran dan teh sesuai ditanam di Cameron Highland
2.         Menyediakan naungan
a.      Naungan mengurangkan kesan peningkatan suhu akibat pancaran terik matahari
b.      Pokok Gliricedium menaungkan pokok koko, jaring hitam menaungkan tumbuhan dan daun kelapa menaungkan anak pokok
3.         Menyediakan sungkupan
a.      Melindungi permukaan tanah dari kesan pemanasan cahaya matahari di bahagian bawah tanaman.
b.      Contoh bahan yang digunakan ialah sisa tumbuhan, rumput dan bahan plastik

No comments:

Post a Comment